Saturday 22 November 2014

Penggandaan Berentak (Berirama )


Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak (berirama), seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal

Penggandaan ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.

Contohnya :

Kata nama : kuih muih, lauk pauk , sayur-mayur

Kata kerja : cerai-berai, gotong-royong

Kata adjektif : hiruk-piruk


ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan

Penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi

konsonan tertentu.


Contohnya :


Kata nama : batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat

Kata kerja : dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir

Kata adjektif : huru-hara, kontang-kanting, kucar-kacir


iii) Penggandaan berentak bebas

Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal

atau konsonan.


Contohnya :

Kata nama : anak -pinak , saudara-mara , ipar-duai

Kata kerja : ulang alik

Kata adjektif : lintang-pukang, remeh-temeh , simpang siu


Contoh penggunaan dalam ayat :


1.Tapak pembinaan sekolah baru itu dipenuhi dengan batu-batan.

2. Jalan raya dari Segamat ke Tangkak bengkang-bengkok.

3.Kebiasaannya,pada malam Tahun Baru Cina akan kedengaran dentam-dentum bunyi

   mercun dan bunga api.

4.Penduduk Taman Melayu Jaya sedang bergotong-royong membersihkan padang 

   permainan kanak-kanak.

5.Beberapa orang murid mengalami cirit-birit setelah makan nasi lemak di kantin

   sekolah.

No comments:

Post a Comment