Saturday 22 November 2014

Kata Ganda

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

Terdapat empat jenis kata ganda iaitu:
a. Kata Ganda Penuh
b. Kata Ganda Separa
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Kata Ganda Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan  keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi  imbuhan ataupun tidak.  
Kata ganda penuh terbahagi kepada dua  iaitu:
a. kata ganda dasar
b. kata ganda berimbuhan.

Penggandaan penuh kata tunggal terbahagi kepada empat  iaitu :
a)    Gandaan penuh kata pada kata nama                          
      
     Contohnya :

Adik-adik
Agar-agar
Batu-batu
Buku-buku
Jari-jari
Duri-duri
Cawan-cawan
Jala-jala
Kisi-kisi
Kanak-kanak
Kuda-kuda
Mata-mata

     Contoh penggunaan dalam ayat

             i.                 Adik-adik saya belajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris, Segamat.
            ii.         Agar-agar ini sangat manis.
           iii.        Shamsudin telah membaca buku-buku itu.
           iv.        Lima daripada jari-jari basikal itu telah patah.
            v.        Kisi-kisi tingkap itu telah buruk

b)    Gandaan penuh kata pada kata kerja.

Contohnya :

ajak-ajak
baring-baring
duduk-duduk
garu-garu
gelak-gelak
kejar-kejar
ketuk-ketuk
lompat-lompat
main-main
masak-masak
muntah-muntah
pulang-pulang

          Contoh penggunaaan dalam ayat :

              i.        Azah sedang baring-baring di bangku panjang itu.
            ii.        Ali,Abu dan Arman sedang bermain kejar-kejar.
           iii.        Nurasyikin dan Maznah sedang duduk-duduk di bawah
                       pokok itu.
           iv.        Semasa ibu bekerja, adik bermain masak-masak dengan
                       Amrila
            v.        Ramai orang sedang makan-makan di tepi pantai
                       itu.                                     
c)    Gandaan penuh kata pada kata adjektif.
                  
          Contohnya
hitam-hitam
jinak-jinak
muda-muda
nakal-nakal
rajin-rajin
rapat-rapat
sihat-sihat
tinggi-tinggi
besar-besar
bodoh-bodoh
cantik-cantik
gemuk-gemuk
                                   
          Contoh penggunaan dalam ayat :

              i.        Rumah di taman perumahan itu besar-besar belaka.
            ii.         Lukisan yang dipamerkan di dewan itu cantik-cantik.
           iii.        Kambing yang dibela oleh En.Roshan gemuk-
                       gemuk belaka.
           iv.        Murid-murid di Tahun 6 Maju nakal-nakal.
            v.        “Rajin-rajinlah belajar supaya kamu lulus di dalam  
                       peperiksaan  UPSR nanti,”kata Cikgu Zafie.

d)    Gandaan penuh pada kata keterangan
        
               Contohnya :               


awal-awal
baik-baik
diam-diam
enak-enak
handal-handal
jauh-jauh
jiran-jiran
kadang-kadang
renyai-renyai
sayup-sayup
senyap-senyap
sungguh-sungguh



               Contoh penggunaan dalam ayat :

                      i.        Awal-awal lagi adik saya sudah bangun.
                    ii.        Apabila melihat polis datang, Sufian cepat-
                               cepat bersembunyi.
                   iii.        Zakaria membuat kerja itu secara diam-diam.
                   iv.        Hujan yang turun petang tadi hanya renyai-
                               renyai sahaja.
                    v.        Sayup-sayup kedengaran  suara orang meminta
                               tolong.
                                   
   Penggandaan penuh kata berimbuhan pula terbahagi kepada 3 iaitu:
   Imbuhan awalan

   Contohnya :

pemimpin-pemimpin
pekedai-pekedai
ketua-ketua
pelatih-pelatih



 Contoh penggunaan dalam ayat :

i.              Pelatih-pelatih pusat kemahiran itu akan menjalani  latihan amali di
syarikat-syarikat yang terpilih sahaja.

ii.            Pekedai-pekedai dilarang menaikkan harga barangan  yang dijual
sesuka hati.

iii.           Mesyuarat ketua-ketua kampung akan diadakan di  pejabat Majlis
Daerah  Segamat pada minggu hadapan.

Imbuhan akhiran
Contohnya:    
              
jualan-jualan
ajaran-ajaran
amalan-amalan
tembakan-tembakan

Contoh penggunaan dalam ayat :
i.              Jualan-jualan murah pada musim perayaan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

ii.            Ajaran-ajaran agama dari sekolah pondok sering dipantau oleh  Jabatan Agama Islam  negeri-negeri.


iii.           Penduduk di kawasan taman perumahan digalakkan sentiasa tolong menolong agar amalan-amalan ini akan menjadi satu budaya  masyarakat.   


  
Imbuhan apitan
Contohnya :

persatuan-persatuan
kementerian-kementerian
pertandingan-pertandingan
permainan-permainan

Contoh penggunaannya di dalam ayat :
i.              Permainan-permainan tradisional hendaklah diperkenalkan kepada  generasi baru agar ianya tidak pupus.

ii.            Persatuan-persatuan belia perlu bergerak dengan aktif untuk  menarik minat para belia menyertai persatuan mereka.



iii.                  Jabatan Pelajaran Johor perlu menyelaraskan jadual  pertandingan-pertandingan di peringkat negeri dengan  sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment