Saturday 22 November 2014


Kata Ganda Berimbuhan

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.

Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).

Contoh:

i) Awalan

tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya

ii) Akhiran

buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan


iii) Apitan

bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya


iv) Sisipan

awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir

Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

A. Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)

Contoh:

anak-anakan, orang-orangan

buah-buahan, rumah-rumahan

daun-daunan, tumbuh-tumbuhan


B. Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)

Contoh:

mudah-mudahan, hidup-hidupan

mati-matian, masam-masaman

manis-manisan, besar-besaran


C. Kata ganda berimbuhan (kata kerja)

Contoh:

umpat-umpatan, tumbuk-menumbuk

tuduh-menuduh, caci-mencaci

keji-mengeji, ukur-mengukur



D. Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)

Contoh:

sebaiknya, sesungguhnya

seboleh-bolehnya, seharusnya

sedapat-dapatnya, selewat-lewatnya


Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:

1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.

2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.

3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.

4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.

5. “Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby.

No comments:

Post a Comment