Saturday 22 November 2014


Kata Ganda Separa

             Menurut Asraf (2012), kata ganda separa ialah kata ganda yang  mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata  pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e .

            Menuruf  Nik Safiah dan rakan-rakan (2011), melalui karya  Tatabahasa Dewan , menyatakan bahawa kata ganda separa ialah  proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar  boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.    
                      
Penggandaan kata ganda separa boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

            a) Penggandaan separa kata tungga
            b) Penggandaan separa kata berimbuhan

   a) Penggandaan separa kata tunggal

      Penggandaan ini boleh dilihat seperti contoh berikut :
              
Bil.
Kata ganda    separa
       Contoh penggunaan di dalam                      ayat

1
bebalai
Mereka sedang berehat di
atas bebalai itu.

2
bebenang
Bebenang skru itu sudah haus

3
dedaun
Dedaun itu bertaburan di bawah
pokok itu.

4
jejari
Jejari roda basikalnya kelihatan

berkarat.

5.


6
lelabah


sesiku
Bangsal buruk itu dipenuhi 
dengan sarang lelabah.

Hj.Husin menggunakan sesiku
untuk mengukur sudut tepat.

7
lelangit
Ayah sedang memasang lelangit 
di dalam bilik.

8
pepijat


Belakang Razali kelihatan merah
kerana digigit pepijat.

b. Penggandaan separa kata berimbuhan.

    Penggandaan separa kata berimbuhan ini boleh dikategorikan
    kepada 3 iaitu:

    i.        Kata imbuhan awalan - kata kerja.
   
    Contohnya seperti berikut :

ber-
berkata-kata, berbual-bual , berdekah-

dekah,berjalan

ter-
tersengeh-sengeh,tertampi-tampi ,tercengang-

cenggang , teresak-esak

di-
dimarah-marah , dirisik-risik ,digelak-gelak

meN-
meraung-raung, meronta-ronta,  menjerit-jerit

bantu-membantu,tolong-menolong,tembak-

menembak
                 
Kata imbuhan awalan – kata adjektif
Contohnya :

se-
sepandai-pandai , sebaik-baik , setinggi-tinggi


i) Kata imbuhan akhiran

Kata imbuhan akhiran- kata nama

                Contohnya :
-an
Bunga-bungaan, kenang-kenangan,tumbuh-tumbuhan

Kata imbuhan akhiran- kata kerja
                Contohnya :

-kan
risik-risikkan,doa-doakan, tanya-tanyakan

-i
amat-amati,selidik-selidiki, bayang-bayangi

Kata imbuhan akhiran – kata adjektif

                Contohnya :
-an
jadi-jadian, rindu-rinduan, mati-matian, wangi-wangian

iii) Kata imbuhan apitan

Kata imbuhan apitan – kata kerja

                  Contohnya :

ber…an
bersalam-salaman, bertumbuk-tumbukan,

bertikam-tikaman, bersahut-sahutan

meN…

kan
mendewa-dewakan,memburuk-burukkan,

 meninggi-ninggikan

meN…i
Mengawas-awasi,mengulang-ulangi,

membohong-bohongi

di…kan
diagung-agungkan,dimanja-manjakan,

ditonjol-tonjolkan

di….i
Dibayang-bayangi,dimarah-marahi,dihalus-halusi

Kata imbuhan apitan – kata adjektif

                Contohnya :
ke…an
Keputih-putihan, kegila-gilaan, kebudak-budakan

No comments:

Post a Comment