Friday 21 November 2014

Selamat Datang Ke Blog Score Tatabahasa UPSR 

Blog Score Tatabahasa UPSR  dibangunkan dengan satu matlamat membantu murid-murid tahun enam yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu Pemahaman dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR.


Blog  ini mengaplikasikan teknologi bagi membantu murid-murid membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Melalui blog ini murid-murid dapat mengulang kaji melalui nota,  e-pembelajaran, latihan, kuiz,  skema  dan mempelajari sesuatu melalui pembelajaran multimedia. Murid-murid juga boleh menghayati kata-kata mutiara yang diselitkan melalui blog ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan,  keseronokan belajar sambil melayari internet serta memberi faedah kepada sesiapa sahaja yang melayarinya.

No comments:

Post a Comment