Saturday 22 November 2014

Latihan 2


Isi tempat kosong dengan kata ganda separa yang sesuai.


1. Puan Dorothy berasa amat gembira kerana dikurniakan 


    seorang anak ____________.


2. ________________ sahaja pengorbanan Pak Awang selama


    ini  kerana anak-anaknya tidak mengenang budi.


3. Segala budi dan jasa yang cikgu berikan selama ini saya


    ucapkan _________________  terima kasih.


4. Katak itu _______________ keriangan di tepi kolam setelah 


    berjaya menangkap  mangsanya.


5. Pendatang tanpa izin itu ________________ kepada pihak 


    berkuasa agar dirinya  dibebaskan.


6. Kami mengumpul _________________ ini untuk dijadikan 


    bantal.


7. Peninju itu melepaskan tumbukan yang _________________


    kepada pihak lawannya.


8. Setelah puas ______________, akhirnya pelanduk itu dapat 


    juga  melepaskan diri.


9. __________________ menggunakan jaring yang dibuat 


    sendiri  untuk menangkap  mangsanya.


10. Perangainya masih tidak berubah meskipun sudah 


      ____________  dinasihati guru.

No comments:

Post a Comment