Kata Ganda
Kata Gandaan ialah
satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk
daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses
pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian
tertentu dalam perkataan tersebut.
Terdapat empat
jenis kata ganda iaitu:
a. Kata Ganda Penuh
b. Kata Ganda Separa
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Kata Ganda Penuh
Penggandaan penuh
ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar
itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Kata ganda penuh
terbahagi kepada dua iaitu:
a. kata ganda
dasar
b. kata ganda berimbuhan.
b. kata ganda berimbuhan.
Penggandaan penuh
kata tunggal terbahagi kepada empat iaitu :
a) Gandaan penuh kata pada kata
nama
Contohnya
:
Adik-adik
|
Agar-agar
|
Batu-batu
|
Buku-buku
|
Jari-jari
|
Duri-duri
|
Cawan-cawan
|
Jala-jala
|
Kisi-kisi
|
Kanak-kanak
|
Kuda-kuda
|
Mata-mata
|
Contoh
penggunaan dalam ayat
i. Adik-adik saya belajar di Sekolah
Kebangsaan Datuk Wan Idris, Segamat.
ii. Agar-agar ini
sangat manis.
iii. Shamsudin
telah membaca buku-buku itu.
iv. Lima
daripada jari-jari basikal itu telah patah.
v. Kisi-kisi tingkap
itu telah buruk
b) Gandaan penuh kata pada kata kerja.
Contohnya :
ajak-ajak
|
baring-baring
|
duduk-duduk
|
garu-garu
|
gelak-gelak
|
kejar-kejar
|
ketuk-ketuk
|
lompat-lompat
|
main-main
|
masak-masak
|
muntah-muntah
|
pulang-pulang
|
Contoh
penggunaaan dalam ayat :
i. Azah
sedang baring-baring di bangku panjang itu.
ii. Ali,Abu
dan Arman sedang bermain kejar-kejar.
iii. Nurasyikin
dan Maznah sedang duduk-duduk di bawah
pokok itu.
iv. Semasa
ibu bekerja, adik bermain masak-masak dengan
Amrila
v. Ramai
orang sedang makan-makan di tepi pantai
itu.
c) Gandaan penuh kata pada kata adjektif.
Contohnya
hitam-hitam
|
jinak-jinak
|
muda-muda
|
nakal-nakal
|
rajin-rajin
|
rapat-rapat
|
sihat-sihat
|
tinggi-tinggi
|
besar-besar
|
bodoh-bodoh
|
cantik-cantik
|
gemuk-gemuk
|
Contoh
penggunaan dalam ayat :
i. Rumah
di taman perumahan itu besar-besar belaka.
ii. Lukisan
yang dipamerkan di dewan itu cantik-cantik.
iii. Kambing
yang dibela oleh En.Roshan gemuk-
gemuk belaka.
iv. Murid-murid
di Tahun 6 Maju nakal-nakal.
v. “Rajin-rajinlah
belajar supaya kamu lulus di dalam
peperiksaan UPSR nanti,”kata Cikgu Zafie.
d) Gandaan penuh pada kata keterangan
Contohnya :
awal-awal
|
baik-baik
|
diam-diam
|
enak-enak
|
handal-handal
|
jauh-jauh
|
jiran-jiran
|
kadang-kadang
|
renyai-renyai
|
sayup-sayup
|
senyap-senyap
|
sungguh-sungguh
|
Contoh
penggunaan dalam ayat :
i. Awal-awal lagi
adik saya sudah bangun.
ii. Apabila
melihat polis datang, Sufian cepat-
cepat bersembunyi.
iii. Zakaria
membuat kerja itu secara diam-diam.
iv. Hujan
yang turun petang tadi hanya renyai-
renyai sahaja.
v. Sayup-sayup kedengaran suara
orang meminta
tolong.
Penggandaan
penuh kata berimbuhan pula terbahagi kepada 3 iaitu:
Imbuhan awalan
Contohnya :
pemimpin-pemimpin
|
pekedai-pekedai
|
ketua-ketua
|
pelatih-pelatih
|
Contoh
penggunaan dalam ayat :
i.
Pelatih-pelatih pusat kemahiran itu akan
menjalani latihan amali di
syarikat-syarikat yang terpilih sahaja.
ii.
Pekedai-pekedai dilarang menaikkan harga
barangan yang dijual
sesuka hati.
iii.
Mesyuarat ketua-ketua kampung akan
diadakan di pejabat Majlis
Daerah Segamat pada minggu hadapan.
Imbuhan akhiran
Contohnya:
jualan-jualan
|
ajaran-ajaran
|
amalan-amalan
|
tembakan-tembakan
|
Contoh penggunaan
dalam ayat :
i.
Jualan-jualan murah pada musim perayaan
perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.
ii.
Ajaran-ajaran agama dari sekolah pondok
sering dipantau oleh Jabatan Agama Islam negeri-negeri.
iii.
Penduduk di kawasan taman perumahan digalakkan
sentiasa tolong menolong agar amalan-amalan ini akan menjadi satu
budaya masyarakat.
Imbuhan apitan
Contohnya :
persatuan-persatuan
|
kementerian-kementerian
|
pertandingan-pertandingan
|
permainan-permainan
|
Contoh penggunaannya
di dalam ayat :
i.
Permainan-permainan tradisional hendaklah
diperkenalkan kepada generasi baru
agar ianya tidak pupus.
ii.
Persatuan-persatuan belia perlu bergerak
dengan aktif untuk menarik minat para belia menyertai persatuan mereka.
iii.
Jabatan Pelajaran Johor perlu menyelaraskan
jadual pertandingan-pertandingan di peringkat negeri
dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment