Saturday 22 November 2014

MOTIVASI



Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 


Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"


Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.


Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 


Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.


Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.



Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.


Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.


Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.


Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.


Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.


Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
Skema Latihan 1

1. makan-makan
2. Pagi-pagi
3. handal-handal
4. manis-manis/enak-enak
5. baring-baring
6. tinggi-tinggi
7. Jalan-jalan
8. rumah-rumah
9. cantik-cantik
10. mahal-mahal


Skema Latihan 2

1. Pepohan
2. dedaun
3. tertanya-tanya
4. tetamu
5. bersiap-siap
6. mencurah-curah
7. bersiar-siar
8. lelayang
9. bercakap-cakap
10. lelangit



Skema Latihan 3

1. mandi-manda
2. tolak-menolak
3. lalu-lalang
4. anak-beranak
5. tarik-menarik
6. tegur-menegur
7. rumput-rampai
8. tawar-menawar
9. kuih-muih
10. adik-beradik
Latihan 3


1. Ramai orang yang _____________ di pantai itu pada hari
    cuti.



2. Perbuatan ____________ ketika menaiki bas amat
    membahayakan.



3. Pada setiap pagi, ramai orang yang ___________di situ.



4. Walaupun hidup kami _____________ sentiasa dirundung
    
    malang, namun kami tetap tabah menghadapinya.


5. Kedua-dua pasukan itu saling _______________ tali yang 


    disediakan.


6. Kita mestilah saling _______________ demi mengeratkan 


    tali  persahabatan.


7. Ayah sedang menebas ______________ di ladang kami.



8. Suara ______________ antara penjual dan pembeli itu


    begitu jelas kedengaran. 


9. Setiap kali menjelangnya hari raya, Puan Jabayah akan 


    menerima tempahan  _____________.



10. Setelah ibu bapa kami meninggal dunia, segala


      perbelanjaan  kami _________________ dibiayai  datuk.
Latihan 2


Isi tempat kosong dengan kata ganda separa yang sesuai.


1. Puan Dorothy berasa amat gembira kerana dikurniakan 


    seorang anak ____________.


2. ________________ sahaja pengorbanan Pak Awang selama


    ini  kerana anak-anaknya tidak mengenang budi.


3. Segala budi dan jasa yang cikgu berikan selama ini saya


    ucapkan _________________  terima kasih.


4. Katak itu _______________ keriangan di tepi kolam setelah 


    berjaya menangkap  mangsanya.


5. Pendatang tanpa izin itu ________________ kepada pihak 


    berkuasa agar dirinya  dibebaskan.


6. Kami mengumpul _________________ ini untuk dijadikan 


    bantal.


7. Peninju itu melepaskan tumbukan yang _________________


    kepada pihak lawannya.


8. Setelah puas ______________, akhirnya pelanduk itu dapat 


    juga  melepaskan diri.


9. __________________ menggunakan jaring yang dibuat 


    sendiri  untuk menangkap  mangsanya.


10. Perangainya masih tidak berubah meskipun sudah 


      ____________  dinasihati guru.